Selasa, 29 Mei 2012

“DEBAT”
Debat? Apa yang dikatakan dengan debat? Debat adalah sesuatu perbincangan serius mengenai sesuatu perkara yang melibatkan dua pihak atau lebih untuk mencari jawapan kepada permasalahan yang berlaku. Debat berlaku secara aman tanpa ada unsur yang boleh membangkitkan pergaduhan dengan cara kedua-dua pihak saling menghormati pendapat masing-masing.
            Bagi pendapat saya, debat amat penting kerana perkara-perkara yang dibawa semasa perdebatan adalah isu-isu serius yang mempengaruhi pemikiran manusia pada masa hadapan. Pendebat adalah orang yang berilmu tinggi dan sentiasa mengambil tahu pelbagai isu semasa yang berlaku dan pandai mengolah fakta untuk dijadikan bahan perdebatan. Pendebat adalah suara yang mewakili pelbagai masyarakat yang bersetuju dengan perkara yang berlaku atau sebaliknya. Sebagai contoh tentang isu   pemansuhan PTPTN, ada golongan yang bersetuju tetapi ada juga yang tidak bersetuju, jadi berlaku perbezaan pendapat di situ. Jadi dengan adanya debat dapat membincangkan tentang perkara tersebut dan didengari oleh pendengar serta penonton untuk dinilai sendiri oleh mereka.
            Banyak kesan yang boleh dilihat hasil daripada perbincangan isu-isu tersebut tidak kira dari segi positif atau negatif. Pemimpin mula mendapat sokongan daripada rakyat jika terbukti isu-isu yang dibawa oleh mereka bertepatan dengan kehendak dan pemikiran mereka. Parti- parti politik mula memperolehi pengikut-pengikut yang baru pada masa yang sama memperkukuhkan kedudukan mereka untuk memerintah sesuatu kawasan. Debat adalah satu cara perbincangan secara ilmiah yang membolehkan masyarakat mendengar dan menilai setiap perbincangan yang berlaku.
            Bermula daripada itu, kita boleh melihat impak debat terhadap masyarakat apabila mereka mula berfikir secara rasional setiap hujah-hujah daripada pendebat dan mengubah atau memperkuatkatkan persepsi mereka terhadap sesuatu isu, sebgai contoh isu pinjaman PTPTN, mungkin pada mulanya mereka merasakan pinjaman seharusnya ditukarkan kepada pinjaman pendidikan percuma tetapi apabila mendengar hujah-hujah berkenaan perkara tersebut, telah mengubah persepsi dan pandangan masyarakat atau memperkuatkan lagi tanggapan mereka bahawa pinjaman PTPTN harus diberikan secara percuma.
            Secara keseluruhannya, debat adalah penting kerana menjadi simbol kepada suara rakyat untuk menyuarakan pendapat mereka supaya terjawab segala tanda tanya yang berlaku. Debat juga membolehkan para pendengar dan penonton menilai sendiri kebaikan dan keburukan sesuatu isu itu.

Khamis, 12 April 2012

Isu Pengharaman lagu "Bawaku Pergi" nyanyian Zizan dan Kaka

Seluruh negara kecoh seketika berikutan terbitnya lagu “Bawaku Pergi” ciptaan Malique nyanyian Zizan dan juga Kaka yang mencetuskan kekeliruan tanggapan pada segelintir masyarakat. Lirik lagu yang dikatakan mendorong kepada puncanya isu remaja lari daripada rumah di Malaysia pada hari ini menjadi topik hangat dan buah mulut masyarakat.

                Jika diteliti lirik lagu tersebut memang mendorong atau menyokong kepada terjadinya gejala remaja lari daripada rumah. Tanggapan pertama memang menyokong 100% kepada isu tersebut tetapi jika diteliti buat kali kedua, lirik tersebut mempunyai maknanya tersendiri bukannya hanya tertumpu pada pandangan negatif.
Kontroversi lagu duet Zizan Raja Lawak dan Kaka, Bawaku Pergi sudah sampai ke kemuncaknya apabila Zizan dikatakan sudah menerima surat daripada pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan semalam yang mahu lagu itu dihentikan sementara siarannya dan ianya menimbulkan tanda tanya penerbit lagu berkenaan kerana ianya tanpa usul periksa.

Kata Malique, pada tahun 1998, beliau menulis lagu Pergi Jauh untuk isterinya. Lagu itu berkisar kisah mereka yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali, Indonesia. Kemudian, pada tahun 2012 pula, beliau menulis lagu Bawaku Pergi sebagai susulan kepada lagu Pergi Jauh. Lagu ini berkisar mengenai kehidupannya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri.

Lagu ini dicipta dari sudut pandangan seorang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet atau Nepal sebagai tempat berbulan madu. Kerana itulah datangnya ayat, ‘puncak dunia kita duga’. Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya.

Masyarakat sepatutnya tidak membuat tuduhan atau tanggapan melulu hanya kerana “satu kepala” sahaja yang mencetuskan isu ini. Walaubagaimanapun tanggapan dan pandangan setiap manusia adalah berbeza,jadi saya selitkan lirik lagu Bawaku Pergi ini untuk dinilai oleh pembaca bersama-sama.


Lirik lagu bawa ku pergi

bawa aku pergi

pacu laju-laju

kita lari dari realiti

bawa aku pergi

pacu laju lagi

malah kita

tak perlu kembali



tengah malam nanti

tolong jangan lupa

jangan mungkir janji

aku dah teruja

sudah cukup lama

aku tunggu saat ini

sejak kali terakhir kau hantar pulang

hidup sungguh sepi

tolong jangan bilang mama

tolong jangan bilang papa

malah jangan bilang teman karibmu

jangan bilang sesiapa



oh, buku merah jangan lupa bawa

moga-moga belum tamat tempoh

kali ini kita pergi lebih lama

pergi lebih jauh, ayuh



bawa aku pergi

pacu laju-laju

kita lari dari realiti

bawa aku pergi

pacu laju lagi

malah kita

tak perlu kembali



mata dalam kaca, topi berceloreng

sarung tangan hitam, atas muka ada topeng

hanya perlu siul, tidak tekan loceng

hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng

kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng

bawa bekal air muka cuci aib bopeng

lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng

lari dari kenyataan, mula kisah dongeng



tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga

tinggal kemewahan cuba cara hidup purba

lari-lari baling bola salji depan gua

sambil cari yeti kita boleh cari (what?)

tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga

tinggal kemewahan cuba cara hidup purba

lari-lari baling bola salji depan gua

tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga



bawa aku pergi

pacu laju-laju

kita lari dari realiti

bawa aku pergi

pacu laju lagi

malah kita

tak perlu kembali



bila kita pergi

apa kan berlaku

siapa kan peduli

siapa ambil tahu

hidup kita tempuh

untuk apa saja

tidak kira mana kembara membawa

kita kan bersama



oh, buku merah jangan lupa bawa

moga-moga belum tamat tempoh

kali ini kita pergi lebih lama

pergi lebih jauh, ayuh



bawa aku pergi

pacu laju-laju

kita lari dari realiti

bawa aku pergi

pacu laju lagi

malah kita

tak perlu kembali



Isu penari tiang didenda RM25


Saya agak terkejut melihat isu di muka hadapan Kosmo yang bertajuk Penari tiang Melayu didenda RM25. Nilai RM25 itu dikatakan menjadi isu perbualan masyarakat sehingga hari ini. Adakah dengan nilai RM25 isu ini selesai begitu sahaja? Bayangkan gadis-gadis Melayu yang beragama Islam melakukan perkara yang ditegah oleh agama hanya didenda dengan nilai sekecil itu.

            Bermula daripada isu tersebut, masyarakat bingung seketika dengan sistem kehakiman Malaysia pada hari ini. Kenapa hanya tindakan itu yang dikenakan kepada gadis-gadis tersebut? Nilai RM25 itu hanya dipandang sebelah mata sahaja oleh mereka sedangkan gaji mereka menari tarian tiang di kelab malam tersebut jauh berkali ganda daripada nilai yang didenda itu. Kekeliruan berlaku di situ, ini melibatkan akhlak remaja Melayu yang beragama Islam sepatut lebih dititikberatkan oleh sistem kehakiman negara.

            Sekurang-kurangnya mereka perlu diberi kaunseling supaya mereka berubah ke jalan yang benar dan meninggalkan pekerjaan yang haram itu. Pemantauan oleh pihak jabatan agama perlulah dilaksanakan bagi memantau perkembangan gadis-gadis tersebut supaya mereka tidak terjebak lagi dalam kelakuan yang ditegah oleh agama Islam sendiri.

            Pada waktu ini kecoh di laman sosial yang mengatakan bahawa lelaki yang berserban hendak ke masjid disaman sebanyak RM90, bayangkan orang yang ingin melakukan kebaikan kepada Allah didenda RM90 sedangkan perkara maksiat yang dilakukan secara terangan hanya didenda sebanyak RM25, apa sudah jadi dengan sistem kehakiman di Malaysia.

            Sistem kehakiman juga diragui kerana hanya tertakluk kepada akta lama semata-mata, dalam kes seorang imam menghina Hakim Mahkamah Persekutuan dijatuhkan hukuman penjara setahun. Penghinaan yang dilakukan kepada seorang manusia atas sebab tertentu dijatuhkan hukuman penjara setahun manakala tiga orang gadis yang mengina agama dan Allah hanya didenda hukuman penjara maksimum 14 hari sahaja. Sistem kehakiman di Malaysia sudah lapuk dan perlu di ubah kepada akta yang baru, bukan hanya kekal pada sistem lama yang dianggap tidak adil. Perkara yang perlu diubah bukan hanya ditujukan kepada sistem kehakiman negara sahaja malahan mentaliti masyarakat di Malaysia terutama masyarakat Melayu yang beragama Islam.    

Pemimpin

Sepertimana yang kita tahu, seorang pemimpin yang berkaliber adalah pemimpin yang dapat membimbing kita ke arah kemajuan, memimpin kita daripada yang baik kepada yang lebih baik dan yang paling penting memimpin kita atas dasar cara pimpinan Islam. Pemimpin yang baik menjadi ikon kepada negara, membawa nama baik negara di persada dunia jadi sifat yang positif sentiasa dititik beratkan.

            Apabila sudah menjadi ikon negara, personaliti perlu di jaga sebaik mungkin, adakah anda mahu pemimpin kita seorang yang mempunyai personaliti buruk? Terlalu banyak kes yang melibatkan seorang ikon itu. Apabila sudah banyak kes buruk yang boleh menjatuhkan nama baik diri sendiri di hadapan masyarakat, adakah kepercayaan itu masih ada? Bolehkah si ikon itu memimpin masyarakat dengan sikap pimpinan sebegitu rupa. Itu yang ingin kita  tahu kerana nasib kita semua dan negara dalam tangan pemimpin tersebut.

            Kita sudah mengetahui bahawa “pemimpin” ini memang mempunyai hubungan luar yang sangat kuat, tetapi hubungan luar yang kuat tidak menjamin dapat memimpin masyarakat ke arah yang lebih baik sepertimana yang dilakukan oleh Perdana Menteri kita sekarang Banyak perkara yang diwar-warkan oleh “pemimpin” ini kononnya menyeru ke arah kebaikan tetapi selang beberapa masa kemudian muncul pula kontroversi yang melibatkan beliau, ikon seperti ini kah yang ingin ditabalkan sebagai pemimpin?

            Kepercayaan masyarakat sukar untuk pulih apabila kontroversi ini telah merebak dan menjadi buah mulut masyarakat, ibarat “sudah terang lagi bersuluh”, bukti penemuan dan juga ketakutan yang di alami oleh “pemimpin” ini seakan-akan menyokong kontroversi tersebut. Islam menggalakan masyarakat sesebuah negara itu berfikir panjang sebelum memilih pemimpin yang boleh memimpin mereka ke jalan Allah, berdedikasi, dan tidak menyimpang daripada hukum kejadian alam. Pemimpin yang mempunyai status biseksual telah menarik kepercayaan masyarakat di Malaysia meskipun segelintir daripada mereka masih lagi berdiri di belakang. Pemimpin yang menyimpang daripada hukum penciptaan Allah tidak layak memimpin negara kerana sudah terang-terang beliau melanggar hukum Allah. Pendapat setiap orang berbeza, hanya orang Islam yang tidak mempunyai akhlak pemikiran yang baik sahaja yang memilih pemimpin itu untuk memimpin mereka. Hukum Agama Islam bukan boleh dilanggar sesuka hati, terpulang kepada individu itu sendiri untuk berfikir perkara yang baik dan buruk. Renung-renungkanlah.