Selasa, 29 Mei 2012

“DEBAT”
Debat? Apa yang dikatakan dengan debat? Debat adalah sesuatu perbincangan serius mengenai sesuatu perkara yang melibatkan dua pihak atau lebih untuk mencari jawapan kepada permasalahan yang berlaku. Debat berlaku secara aman tanpa ada unsur yang boleh membangkitkan pergaduhan dengan cara kedua-dua pihak saling menghormati pendapat masing-masing.
            Bagi pendapat saya, debat amat penting kerana perkara-perkara yang dibawa semasa perdebatan adalah isu-isu serius yang mempengaruhi pemikiran manusia pada masa hadapan. Pendebat adalah orang yang berilmu tinggi dan sentiasa mengambil tahu pelbagai isu semasa yang berlaku dan pandai mengolah fakta untuk dijadikan bahan perdebatan. Pendebat adalah suara yang mewakili pelbagai masyarakat yang bersetuju dengan perkara yang berlaku atau sebaliknya. Sebagai contoh tentang isu   pemansuhan PTPTN, ada golongan yang bersetuju tetapi ada juga yang tidak bersetuju, jadi berlaku perbezaan pendapat di situ. Jadi dengan adanya debat dapat membincangkan tentang perkara tersebut dan didengari oleh pendengar serta penonton untuk dinilai sendiri oleh mereka.
            Banyak kesan yang boleh dilihat hasil daripada perbincangan isu-isu tersebut tidak kira dari segi positif atau negatif. Pemimpin mula mendapat sokongan daripada rakyat jika terbukti isu-isu yang dibawa oleh mereka bertepatan dengan kehendak dan pemikiran mereka. Parti- parti politik mula memperolehi pengikut-pengikut yang baru pada masa yang sama memperkukuhkan kedudukan mereka untuk memerintah sesuatu kawasan. Debat adalah satu cara perbincangan secara ilmiah yang membolehkan masyarakat mendengar dan menilai setiap perbincangan yang berlaku.
            Bermula daripada itu, kita boleh melihat impak debat terhadap masyarakat apabila mereka mula berfikir secara rasional setiap hujah-hujah daripada pendebat dan mengubah atau memperkuatkatkan persepsi mereka terhadap sesuatu isu, sebgai contoh isu pinjaman PTPTN, mungkin pada mulanya mereka merasakan pinjaman seharusnya ditukarkan kepada pinjaman pendidikan percuma tetapi apabila mendengar hujah-hujah berkenaan perkara tersebut, telah mengubah persepsi dan pandangan masyarakat atau memperkuatkan lagi tanggapan mereka bahawa pinjaman PTPTN harus diberikan secara percuma.
            Secara keseluruhannya, debat adalah penting kerana menjadi simbol kepada suara rakyat untuk menyuarakan pendapat mereka supaya terjawab segala tanda tanya yang berlaku. Debat juga membolehkan para pendengar dan penonton menilai sendiri kebaikan dan keburukan sesuatu isu itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan