Seluruh negara kecoh seketika berikutan terbitnya lagu “Bawaku Pergi” ciptaan Malique nyanyian Zizan dan juga Kaka yang mencetuskan kekeliruan tanggapan pada segelintir masyarakat. Lirik lagu yang dikatakan mendorong kepada puncanya isu remaja lari daripada rumah di Malaysia pada hari ini menjadi topik hangat dan buah mulut masyarakat.
Jika diteliti lirik lagu tersebut memang mendorong atau menyokong kepada terjadinya gejala remaja lari daripada rumah. Tanggapan pertama memang menyokong 100% kepada isu tersebut tetapi jika diteliti buat kali kedua, lirik tersebut mempunyai maknanya tersendiri bukannya hanya tertumpu pada pandangan negatif.
Kontroversi lagu duet Zizan Raja Lawak dan Kaka, Bawaku Pergi sudah sampai ke kemuncaknya apabila Zizan dikatakan sudah menerima surat daripada pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan semalam yang mahu lagu itu dihentikan sementara siarannya dan ianya menimbulkan tanda tanya penerbit lagu berkenaan kerana ianya tanpa usul periksa.
Kata Malique, pada tahun 1998, beliau menulis lagu Pergi Jauh untuk isterinya. Lagu itu berkisar kisah mereka yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali, Indonesia. Kemudian, pada tahun 2012 pula, beliau menulis lagu Bawaku Pergi sebagai susulan kepada lagu Pergi Jauh. Lagu ini berkisar mengenai kehidupannya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri.
Lagu ini dicipta dari sudut pandangan seorang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet atau Nepal sebagai tempat berbulan madu. Kerana itulah datangnya ayat, ‘puncak dunia kita duga’. Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya.
Masyarakat sepatutnya tidak membuat tuduhan atau tanggapan melulu hanya kerana “satu kepala” sahaja yang mencetuskan isu ini. Walaubagaimanapun tanggapan dan pandangan setiap manusia adalah berbeza,jadi saya selitkan lirik lagu Bawaku Pergi ini untuk dinilai oleh pembaca bersama-sama.
bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali
tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan mungkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa
oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh
bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali
mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak tekan loceng
hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyataan, mula kisah dongeng
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga
bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali
bila kita pergi
apa kan berlaku
siapa kan peduli
siapa ambil tahu
hidup kita tempuh
untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
kita kan bersama
oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh
bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali